Pemilik kelab bola sepak Kelantan kini telah memperkenalkan platform pembayaran atas-talian tersendiri, dinamakan sebagai TRWpay.
Platform pembayaran atas-talian ini diperkenalkan dengan fokus untuk memudahkan urusan pembelian tiket penstriman perlawanan TRW, disamping memudahkan pembelian cenderahati TRW.
Disamping itu, TRWpay juga akan dibuka untuk peniaga lain mengintegrasikannya dalam menerima pembayaran secara atas-talian. TRWpay juga menyasarkan pengendali pusat sukan untuk menerima bayaran secara atas-talian melalui platform TRWpay yang diintegrasikan pada platform masing-masing. Selain menawarkan kemudahan pengurusan transaksi atas-talian, pengguna juga turut boleh menjana URL khusus untuk perniagaan, disamping menyediakan katalog untuk jual beli atas-talian.
TRWpay mengenakan caj setiap transaksi bermula RM1.30 (sempena pengenalan). Dengan pengenalan ini, TRWpay akan bersaing dengan sejummlah penyedia platform pembayaran atas-talian hari ini, termasuk salah satu yang popular di Malaysia adalah Billplz, disamping rakan kerjasama mereka, SecurePay.
- Layari : TRWPay