Carian
LG Akan Mengumumkan Penarikan Diri Dari Perniagaan Telefon 5 April Ini
April 2, 2021 Fahim Zahar

Dua hari lepas telah kami laporkan yang LG akan mungkin akan menarik diri dari perniagaan telefon pada minggu hadapan. Kejatuhan pasaran telefon pintar LG dikatakan bermula sejak tahun 2015 lagi. Walaupun mereka ada banyak inovasi, mereka masih tidak dapat bersaing dengan pesaing lain. Lebih-lebih lagi jenama China yang semakin hari semakin hebat.

Ura-ura LG akan menarik diri dari pasaran telefon pintar mula kedengaran pada penghujung 2020. Mereka dikatakan gagal mencari pembeli kepada perniagaan mereka. Kini, The Korea Times melaporkan yang LG akan mengumumkan penarikan diri dari pasaran telefon pintar 5 April kelak.

Ini akan menjadikan LG Wing telefon pintar terakhir yang dikeluarkan oleh mereka. Lebih merisaukan dengan penarikan ini, kesemua peranti yang telah dijual tidak akan lagi menerima kemas kini sistem operasi. Ini adalah situasi yang seperti yang berlaku kepada pemilik peranti Essential selepas ia turut gulung tikar. Sekiranya ura-ura ini benar, ia adalah satu lagi jenama pengeluar telefon pintar yang suatu ketika dahulu disegani tetapi kini tidak lagi relevan.

Komen