Hayat Kemaskini Bagi 70 Peranti Dipanjangkan Melalui LineageOS 18.1 Berasaskan Android 11

Hayat Kemaskini Bagi 70 Peranti Dipanjangkan Melalui LineageOS 18.1 Berasaskan Android 11

Diterbitkan pada Apr 2, 2021 oleh .

LineageOS adalah antara sistem operasi Android custom ROM popular yang masih bertahan sehingga hari ini. Dari Cyanogen ke Lineage adalah perubahan yang baik kerana mereka masih terus membangunkan sistem operasi Android berasaskan AOSP dengan memuatkan banyak ciri dan fungsi menarik yang tidak ditawarkan oleh pengeluar peranti. Bukan itu sahaja, mereka juga turut memanjangkan hayat peranti yang telah dipinggirkan pengeluar dan atau menambah hayat kepada peranti yang sedia ada termasuk peranti baru.

LineageOS baru-baru ini telah mengumumkan versi 18.1, iaitu berasaskan Android 11. LineageOS 18.1 ini disokong untuk 70 peranti, yang mana menyenaraikan daripada peranti usang, peranti yang dilupakan dan juga peranti baru. LineageOS 18.1 menawarkan tampalan sekuriti Mac-April 2021, mempunyai aplikasi rakaman suara yang lebih baik, menyokong pemasangan pada peranti tapa partition A/B, dan juga antaramuka yang lebih ceria dan berwarna-warni.

Antara peranti usang adalah Nexus 6, Nexus 7, LeEco Le Pro3, LG G2, Nextbit Robin dan OnePlus One. Peranti yang dipinggirkan adalah Essential PH-1, beberapa peranti Xiaomi, LG dan Motorola. Manakala peranti dengan kemaskini lewat seperti OnePlus 8, OnePlus 8T dan OnePlus 8 Pro juga tersenarai. Rujuk senarai penuh di laman web LineageOS sendiri di sini.

Seperti biasa, pemasangan adalah mudah jika anda sudah ada pengalaman. Pertama bootloaderi peranti harus dinyahkunci, kedua pastikan peranti sudah dipasang dengan mod pemulihan seperti TWRP yang stabil atau boleh peranti menyokong pemasangan GSI atau melalui ADB, kemudian muat turun fail imej sistem operasi dan mulakan kustomasi peranti.


Paling Popular