Cari @ Amanz

iPhone SE kembali dipasarkan tahun lalu dan kerana nostalgia ramai juga yang membelinya. Ia adalah satu-satunya peranti mercu di pasaran dengan saiz skrin sub 5-inci. Walaupun jualan iPhone 12 Mini dilaporkan mengecewakan, Apple mungkin masih belum bersedia menyerah kalah dalam pengeluaran telefon bersaiz kompak. Terkini menurut ciapan Ross Young, iPhone SE akan dikemaskini pada tahun 2022.

Tiada kemas kini tahun ini tetapi untuk tahun 2022, skrin 4.7 akan dikekalkan dengan teknologi IPS LCD. Tetapi pada tahun 2023, skrin akan dibesarkan ke 6.1″ dengan lubang kamera menggantikan takuk skrin. Tidak diketahui bagaimana ini akan dilakukan kerana sistem Face ID memerlukan pelbagai sensor yang besar. Saiz 6.1″ adalah lebih besar berbanding iPhone 12 Mini tahun lalu.

Mungkinkah sekiranya maklumat ini benar, peranti dengan skrin kecil dari Apple akan menggunakan nama SE. Ketiadaan takuk pula membayangkan di masa hadapan model SE tidak akan dilengkapi Face ID tetapi digantikan pula dengan Touch ID terbina dalam skrin? Ross Young mempunyai reputasi yang baik dalam meniriskan maklumat tetapi kesemuanya pada waktu ini masih sekadar spekulasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd