Cari @ Amanz

Vivo X60 Pro adalah antara peranti Vivo yang paling saya minati. Ini kerana hasil gambar pada peranti ini cukup baik dan boleh bersaing dengan Pixel untuk mod potret yang menarik. Di China terdapat banyak pilihan bagi siri X60, iaitu X60, X60 Pro dan X60 Pro+. Ia juga mempunyai banyak pilihan cip seperti Snapdragon 888 atau Exynos 1080. Di Malaysia, X60 dan X60 Pro kelihatan lebih kurang sama yang mana beza ketara adalah pada skrin – satu rata satu melengkung, satu 4300mAh dan satu 4200mAh dan satu ada Gimbal satu lagi tiada. Versi Malaysia pula dijana dengan cip Snapdragon 870.

Terkini di China, Vivo melancarkan model lain pula yang mirip dengan X60 biasa di China. Ia adalah model asas tanpa gimbal. Skrin 6.56-inci yang sama, 120Hz juga disokong dan rekaan juga sama. Beza ketara hanyalah pada cip pemprosesan, iaitu MediaTek Dimensity 1100. Ia hanya di jual di China dan dijual pada harga yang sama di sana, iaitu RMB3498 (~RM2206). Variasi yang dijual adalah 8/128 GB sahaja. Jelas di sini, di China ada permintaan untuk MediaTek, yang mana mungkin Vivo hanya ingin memuaskan hati peminat mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd