Tarantula Ialah Nama Rasmi Untuk Kereta Perisai Buatan Tempatan HMAV 4X4

Diterbitkan pada Apr 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Awal Februari lali, MILDEF memperlihatkan kereta perisai mobiliti tinggi HMAV 4X4 yang merupakan yang pertama direka oleh firma tempatan. Hari ini ia akhirnya mempunyai nama rasmi iaitu Tarantula dalam sebuah majlis yang dihadiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nama labah-labah Tarantula dipilih kerana kenderaan mempunyai kemampuan ia beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca dan muka bumi. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengesahkan kerajaan masih belum mempunyai perancangan untuk membeli Tarantula untuk menjadi sebahagian aset tentera negara. Beberapa minggu yang lalu, Tarantula telahpun melepasi ujian fasa 1 yang dilakukan oleh ATM dengan jayanya.

Pihak MILDEF telah membelanjakan RM16 juta sejak empat tahun yang lalu untuk membangunkan kenderaan ini. Ia dilihat sebagai antara calon untuk menggantikan APC Condor yang sudah digunakan ATM untuk misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Lebanon.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami