Google Arts & Culture Kini Menyokong Ciri Panduan Audio Dalam Galeri Maya

Diterbitkan pada Apr 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekiranya anda melawat muzium atau galeri terkemuka di luar negara, anda boleh meminjam peranti khas yang memberikan panduan audio (audio guide) mengenai objek yang dipamerkan. Dengan ini galeri boleh dinikmati mengikut keselesaan peribadi tanpa perlu mengikut pemandu pelancong yang mungkin terlalu pantas.

Minggu ini aplikasi Google Arts & Culture telah dikemaskini dengan ciri pemandu audio apabila melawat Pocket Galleries yang baru dilancarkan. Setakat ini hanya galeri maya untuk Jean Pigozzi menyokong ciri baharu ini tetapi ia akan dikembangkan kepada lebih banyak lagi galeri di masa hadapan.

Google berharap dengan ciri ini, pengalaman seperti melawat muzium dan galeri sebenar masih dapat dinikmati walaupun secara maya. Dunia masih belum dibuka dan ramai hanya perlu memendam hasrat melawat galeri terkemuka. Selain Google Arts & Cultute, muzium terbesar dunia The Lourve baru-baru telah meletakkan hampir 500,000 objek dalam koleksi mereka di atas talian secara percuma.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami