Samsung Malaysia Menawarkan YouTube Premium Percuma Sehingga 4 Bulan Dengan Pembelian Peranti

Samsung Malaysia Menawarkan YouTube Premium Percuma Sehingga 4 Bulan Dengan Pembelian Peranti

Diterbitkan pada Apr 2, 2021 oleh .

Ramai pergi ke laman web untuk mengelakkan diri dari serangan iklan yang bertubi-tubi. Tetapi hakikatnya di atas talian kita dijejak dengan lebih rapat oleh pengiklan dan mengelaknya menjadi semakin sukar. Kalau anda mengguna YouTube hari ini, boleh dikatakan akan disajikan iklan sebelum setiap video.

Untuk mengelaknya anda perlu melanggan kepada YouTube Premium. Tetapi jika anda tidak mahu membayar langganan, Samsung Malaysia mengumumkan langganan percuma YouTube Premium selama empat bulan dengan setiap pembelian telefon pintar dan tablet mercu seperti siri S21. Pembeli telefon pintar dan tablet pula akan menerima langganan percuma selama dua bulan.

Menerusi langganan ini, pengguna boleh menikmati YouTube dan YouTube Music tanpa sebarang gangguan iklan. Tawaran ini akan diberikan kepada pelanggan yang mengaktifkan peranti di antara 6 Mac 2021 hingga 5 Mac 2022 sahaja.


Paling Popular