Razer Mungkin Akan Memperkenalkan Komputer Riba Gaming Yang Dikuasakan AMD

Diterbitkan pada Apr 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer ialah jenama peranti dan aksesori gaming terkemuka yang hadir dengan peralatan seperti tetikus, papan kekunci, fon kepala, kamera web dan juga siri komputer riba dan desktop mereka sendiri.

Sehingga kini, komputer riba Razer, khususnya seperti Razer Blade dan Razer Book biasanya dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan keluaran Intel sahaja.

Walaupun begitu, dengan kemajuan dalam teknologi cip pemprosesan, Razer nampaknya akan memperlihatkan sebuah komputer riba gaming yang dikuaakan dengan CPU keluaran AMD pula tidak lama lagi.

Perihal ini diperlihatkan melalui skor penanda-aras 3DMark yang memperlihatkan dua buah peranti Razer dengan nama model PI411 yang dikuasakan CPU AMD Ryzen 9 5900HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Max-Q dan NVIDIA GeForce RTX 3060.

Komputer riba Razer ini boleh dikatakan adalah sampel ujian sahaja, tetapi oleh kerana Razer dilihat sudahpun menguji konfigurasi ini, kami menjangkakan bahawa mereka akan memperlihatkan sebuah komputer riba Razer dengan spesifikasi serba baru ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami