Sejak Yuri Gagarin menjadi manusia pertama pergi ke angkasa lepas lagi, sudah wujud perancangan untuk menghantar angkasawan lain meneroka cakerawala. Halangan teknologi sahaja yang merencatkan misi ini dari berlaku. Hanya kini minat untuk kembali mengembara mula mendapat perhatian pelbagai agensi angkasa lepas negara dan syarikat swasta.
Antara cabaran yang masih belum diselesaikan ialah menghasilkan sumber makanan untuk angkasawan yang akan melakukan perjalanan yang jauh seperti ke Marikh misalnya. NASA dan Perbadanan Angkasa Kanada (CSA) telah menganjurkan Deep Space Food Challenge untuk menyelesaikan masalah ini. Peserta perlu menggunakan teknologi penghasilan makanan yang tidak memerlukan usaha yang banyak serta pada waktu yang sama menghasilkan makan yang selamat, berkhasiat dan boleh dimakan. Pada waktu ini angkawan bergantung sepenuhnya kepada makanan yang telah disejuk beku untuk simpanan masa panjang.
Pertandingan dibuka kepada pasukan dari Amerika Syarikat dan antarabangsa. Tetapi hanya 20 pasukan dari A.S akan diberikan ganjaran $25,000 untuk kejayaan fasa pertama sebelum ke fasa kedua. Hanya 10 pasukan antarabangsa akan diberikan sijil penyertaan. Pendaftaran akan ditutup pada 28 Mei 2021.