Cooler Master MasterLiquid ML360 Mirror TR4 Edition Dilancarkan Pada Harga RM439

Cooler Master MasterLiquid ML360 Mirror TR4 Edition Dilancarkan Pada Harga RM439

Diterbitkan pada Apr 3, 2021 oleh .

Era permainan PC kembali hidup sejak tiga tahun kebelakangan ini kerana kemampuan grafik yang jauh lebih baik berbanding konsol. Sudah menjadi trend sejak azali, apabila PC untuk gaming dibina adalah wajib untuk menggunakan komponen dengan lampu RGB.

Bagi yang mencari sistem penyejukan cecair untuk sistem AMD Ryzen Threadripper, MasterLiquid ML360 Mirror TR4 Edition telah dilancarkan di Malaysia dengan sokongan lampu ARGB. Lapan lampu ARGB diletakkan pada bahagian pam yang menyokong perisian ASUS, MSI, GIGABYTE dan ASRock.

Sistem penyejuk pula terdiri radiator sebesar 360mm dengan tiga kipas 120m SickleFlow. Menurut Cooler Master, radiator kini mempunyai luas permukaan yang 25% lebih besar berbanding generasi terdahulu. Di Malaysia Cooler Master MasterLiquid ML360 Mirror TR4 Edition dijual pada harga RM439.


Paling Popular