Rekaan Teknologi Cip ARM Terbaru Tidak Tertakluk Pada Halangan Amerika – Boleh Dilesenkan Kepada Huawei

Diterbitkan pada Apr 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ARM pada minggu ini telah memperkenalkan rekaan cip terbaru, dinamakan ARMv9. Menariknya, kini firma rekabentuk semikoduktor yang berpusat di British berkenaan mengatakan rekaan terbaru cip ARM ini tidak tertakluk dengan halangan yang dikuatkuasakan oleh Amerika Syarikat – sekaligus membolehkan rekaan cip terbaru ini dilesenkan kepada Huawei.

Untuk makluman ramai, ARM menawarkan rekaan cip pemprosesan dan melesenkannya kepada sejumlah syarikat – termasuk Qualcomm, Samsung, Apple dan sebagainya.

Sebelum ini, ARM terpaksa membatalkan perniagaan mereka bersama Huawei disebabkan oleh arahan kerajaan Amerika Syarikat disebabkan penggunaan teknologi rekaan negara berkenaan kepada entiti yang disenarai-hitamkan. Melalui pelbagai semakan yang telah dilakukan, ARM mengatakan rekaan ARMv9 yang terbaru tidak tertakluk dibawah arahan halangan dagangan berkenaan, sekaligus membolehkan ia ditawarkan kepada Huawei dan lain-lain.

Perkembangan terbaru ini semestinya akan mengembirakan pihak Huawei dan bahagian semikonduktor HiSilicon – sekaligus membolehkan mereka menerajui kembali arena berkenaan, serta menawarkan peranti yang lebih berkuasa selepas ini.

ARMv9 hadir dengan peningkatan kepada sekuriti, penambah-baikkan sokongan kecerdasan buatan, dan menyertakan ciri ray-tracing.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami