Apple Arcade Menambah 30 Lagi Permua Termasuk FANTASIAN Dan Monument Valley

Apple Arcade Menambah 30 Lagi Permua Termasuk FANTASIAN Dan Monument Valley

Diterbitkan pada Apr 4, 2021 oleh .

Menerusi langganan Apple Arcade, pelbagai permua akan diberikan dalam berkas yang dikemaskini setiap bulan seperti yang ditawarkan oleh Xbox Game Pass. Minggu ini Apple Arcade telah menambah 30 lagi permua yang bermakna perkhidmatan kini menawarkan 180 permua kepada pelanggan.

Antara yang ditawarkan ialah FANTASIAN, NBA 2K21 Arcade Edition, Simon’s Cat: Story Time dan The Oregon Trail. Kesemuanya adalah permua baharu berbayar. Turut ditawarkan ialah permua klasik seperti Don’t Starve: Pocket Edition, Cut The Rope Remastered, Monument Valley, Mini Metro dan Fruit Ninja Classic.

Untuk senarai lengkap permua yang ditawarkan sila ke Apple Arcade. Di Malaysia Apple Arcade ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan atau lebih berbaloi menerusi langganan Apple One yang juga ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan.


Paling Popular