Cari @ Amanz

PUBG atau nama penuhnya, PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan yang mempopularkan genre Battle Royale. Terdapat beberapa variasi yang ditawarkan, termasuk salah satunya adalah PUBG Lite.

PUBG Lite merupakan versi percuma untuk permainan berkenaan, dan dioptimasikan khusus untuk peranti berspesifikasi rendah. Ia telah ditawarkan sejak 2019 yang lepas.

Apa pun, kini pembangunnya mengumumkan yang mana PUBG Lite akan ditamatkan pada penghujung bulan ini, iaitu 29 April 2021 kelak.

Bagi anda yang ingin meneruskan bermain PUBG, perlu mendapatkan versi penuh untuk kekal beraksi dan bersaing dengan yang lain. Pembangunnya tidak mengumumkan sebab mengapa perkhidmatan ini ditamatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd