Facebook Telah Menampal Kerentanan Yang Menyebabkan Data 533 Juta Data Pengguna Tertiris

Facebook Telah Menampal Kerentanan Yang Menyebabkan Data 533 Juta Data Pengguna Tertiris

Diterbitkan pada Apr 5, 2021 oleh .

Hujung minggu lalu kami melaporkan data 533 juta pengguna Facebook telehpun tertiris ke arena web. Dari jumlah ini, 11 juta daripadanya adalah pengguna dari Malaysia. Data yang tertiris pula melibatkan nama, emel, nombor telefon, tarikh lahir, lokasi dan nombor pengenalan Facebook.

Facebook telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ketirisan maklumat terkini ini dan menurut mereka kerentanan yang menyebabkan data pengguna dikumpul telahpun ditampal pada tahun 2019. Sungguhpun data mungkin adalah lama, ia masih mempunyai pelbagai maklumat peribadi penting yang kemudiannya boleh digunakan untuk menggodam akaun menerusi teknik kejuruteraan sosial.

Antara data peribadi yang tertiris adalah milik Mark Zuckerberg, Chris Hughes dan Dustin Moskovitz yang merupakan pengguna terawal media sosial nombor satu dunia ini.


Paling Popular