Jam Tangan Pintar Dan Fon Telinga Samsung Menerima Potongan Harga Sehingga RM500

Diterbitkan pada Apr 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semua orang mahukan peranti yang terkini dengan teknologi yang terbaik. Tetapi kerap kali harga jualannya di luar kemampuan orang ramai makan mereka menanti untuk harga dikemaskini supaya menjadi lebih mampu milik. Minggu ini Samsung Malaysia mengumumkan harga beberapa model jam tangan pintar dan fon telinga TWS telahpun dikemaskini.

Senarai lengkap adalah seperti di atas tetapi antar ayang menarik ialah Galaxy Watch3 Stainles Steel kesemuanya menerima potongan harga sebanyak RM500. Sementara itu model paling premium Galaxy Watch3 Titanium turut diberikan potongan harga RM200.

Bagi yang ingin membeli fon telinga TWS Galaxy Buds Live pula, ia kini ditawarkan pada harga RM549 dan Galaxy Buds+ pula pada harga RM449 dimana kedua-duanya menerima potongan harga RM150 setiap satu. Harga baharu boleh dinikmati sekarang di kesemua kedai Samsung dan rakan niaga rasmi di seluruh Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami