Rasmi : LG Menutup Perniagaan Telefon Mudah-Alih Di Seluruh Dunia
LG

Rasmi : LG Menutup Perniagaan Telefon Mudah-Alih Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Apr 5, 2021 oleh .

LG hari ini mengumumkan mereka menutup perniagaan mudah-alih mereka. Pengumuman ini hadir lanjutan daripada pengesahan yang diberikan oleh ahli lembaga LG pada awal hari ini.

Dengan keluar daripada perniagaan ini, ia akan memudahkan pihak LG memfokuskan sumber kepada beberapa arena lain, termasuk komponen kenderaan elektrik, peranti berhubung, robotik, kecerdasan buatan, serta penyelesaian perniagaan.

LG mengatakan produk sedia ada akan terus dijual, dan LG akan menawarkan sokongan khidmat jualan dan kemaskini perisian kepada pelanggan sedia ada sehingga suatu tempoh kelak.

LG turut mengatakan mereka akan menggunakan kepakaran sedia ada dalam terus mengukuhkan kepakaran dalam arena baru seperti 6G, selain menambah-baik kekuatan dalam arena lain.

LG dijangka akan menutup sepenuhnya perniagaan telefon mudah-alih ini pada 31 Julai kelak.


Paling Popular