Cari @ Amanz

Pada telefon pintar hanya baru-baru ini skrin 165Hz mula ditawarkan kepada pengguna bagi memberikan kesamarataan dengan teknologi yang telah lama ditawarkan pada komputer gaming. Bagi mereka yang mencari monitor 166Hz untuk komputer gaming, Viewsonic telah menawarkan skrin terkini mereka pada harga yang amat menarik.

Monitor Viewsonic VX2718-P-MHD adalah sebesar 27″ dengan resolusi HD penuh. Skrin 166Hz yang digunakan mempunyai masa tindak balas 1 ms dengan sokongan Adaptive Sync. Tengkuk skrin boleh dilaraskan ke atas dan kebawah di antara -5 hingga 25 darjah. Sementara itu terdapat juga sokongan VESA bagi mereka yang ingin menggantung skrin ke dinding.

Pilihan I/O ialah 2X port HDM 1.4, 1X Display port dan satu output audio 3.5mm. Sepasang speaker dengan kuasa 2W turut disertakan di bahagian belakang. Di Malaysia Viewsonic VX2718-P-MHD ditawarkan pada harga RM819 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd