SK Hynix Akan Membangunkan Kilang Cip Memori Di Korea Selatan Yang Bernilai $106 Bilion

Diterbitkan pada Apr 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat-syarikat pembangun cip pemprosesan di dunia rata-rata semuanya sedang dalam perancangan untuk membangunkan kilang-kilang pembuatan cip pemprosesan baru untuk memenuhi permintaan cip pemprosesan dan produk semikonduktor lain daripada pelbagai jenis industri.

Terkini, pembuat cip memori dan storan terkemuka SK Hynix juga mengumumkan bahawa mereka akan melaburkan sebanyak $106 bilion untuk membangunkan sebuah kilang cip memori gergasi di Korea Selatan.

Menurut sejumlah laporan, kilang ini akan dibina di Yongan, sebuah bandar 50km di selatan Seoul yang akan membangunkan cip memori DDR dengan teknologi sedia-ada dan juga teknologi masa hadapan.

Kilang ini akan mula dibangunkan pada penghujung tahun ini, dan dijangka akan mula mengilangkan cip-cip memori ini sekitar tahun 2025. Ia dijangka akan menjadi diantara kilang pembangun memori terbesar di dunia dengan saiz 4.15 juta meter persegi, dan akan mengeluarkan sebanyak 800,000 wafer semikonduktor sebulan.

Dengan keperluan untuk cip-cip semikonduktor daripada pelbagai industri yang meningkat secara mendadak, ia tidak mengejutkan bahawa syarikat-syarikat ini sudah mula untuk membangunkan kilang-kilang baru ini dengan unjuran keperluan masa hadapan juga.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami