Cari @ Amanz


Lenovo Legion 2 Pro akan dilancarkan pada 8 Aril hadapan. Sejumlah spesifikasi utama padanya telah tertiris ke arena web selepas dikongsi oleh pihak Lenovo sendiri menerusi beberapa poster acah. Ia memperlihatkan peranti pintar ini bakal dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 144Hz, cip Snapdragon 888, sistem penyejukan dwi-kipas yang dinaik-taraf dan bateri sebesar 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Terkini, Lenovo Legion 2 Pro juga dilihat bakal membawakan rekaan panel hadapan yang sama seperti pendahulunya – iaitu kamera swafoto pop-naik di sisi. Akan tetapi, ia bakal menerima naik-taraf sensor ke 44-Megapixel berbanding 20-Megapixel yang digunakan pada generasi sebelum ini. Di samping itu, Lenovo Legion 2 Pro akan dilengkapi sensor utama 64-Megapixel dan kebolehan rakaman video sehingga 8K pada 30 fps. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd