Genesis Memecah Rekod Acara Dengan Penggunaan Dron Terbanyak Di Dunia

Diterbitkan pada Apr 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran besar-besaran bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat seperti Intel dan Disney mempelopori penggunaan dron untuk acara-acara pelancaran mereka, dan terkini, sebuah syarikat automotif dari Korea telah memecah rekod dunia untuk penggunaan dron terbanyak.

Anda mungkin tidak mengenali Genesis, tetapi ia adalah sebuah syarikat pembangun kereta milik Hyundai baru-baru ini telah memasuki pasaran China. Di sebuah acara pelancaran di Shanghai, Genesis telah memperkenalkan jenama mereka melalui persembahan dron yang menggunakan sebanyak 3281 dron, untuk menerima anugerah rekod dunia Guinness untuk penggunaan dron terbanyak yang baru.

Genesis memecah rekod yang dipegang oleh Damoda Intelligent Control Technology yang berasal dari Shenzhen. Mereka sebelum ini memegang rekod penggunaan dron terbanyak dengan 3051 dron serentak pada bulan September tahun lepas, beberapa hari selepas rekod yang sama dipecahkan oleh sebuah syarikat di Russia yang menggunakan 2020 dron.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami