Oppo Mempatenkan Alat Kawalan Permainan Dengan Ruang Simpanan TWS

Diterbitkan pada Apr 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sehingga hari ini tiada lagi peranti yang memfokuskan permua. Untuk peranti berkuasa mereka dengan cip Snapdragon 888 terhad kepada siri Find X3 Pro, manakala yang lain dengan Snapdragon 870 atau Snapdragon 865 terhad kepada Find X3, Reno 5 Pro+ dan lain-lai lagi. Semua peranti Oppo biasanya dipasarkan untuk penggunaan seimbang, kamera, dan juga gaya hidup.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna peranti mereka tidak boleh bermain permua. Kelak, Oppo mungkin akan hadier dengan peranti permua tersendiri, memandangkan sudah banyak jenama hadir dengan produk sedemikian. Sebagai langkah permulaan, Oppo mungkin akan hadir dengan alat kawalan permainan video baharu. Oppo dilihat baru sahaja mendaftarkan paten untuk sebuah alat kawalan permainan dengan ruangan simpanan TWS.

Ini adalah agak unik dan menarik, kerana pengguna boleh simpan TWS terus selepas bermain permua. Atau ketika ingi rehat, boleh simpan sementara – agar tidak hilang misal kata selepas bermain terus diletakkan di atas meja. Tidak jelas sama ada ruangan storan ini akan menyokong pengecasan atau hanya sekadar ruang kosong. Tetapi jika ini adalah produk Oppo, pastinya akan terhad untuk siri Enco. Bila ia akan dilancarkan masih tidak pasti, kerana ini adalah paten dan paten mungkin boleh terbiar di dalam arkib.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami