Tarikh Temujanji Imunisasi COVID-19 Fasa Kedua Akan Diperlihatkan Bermula Hari Ini Melalui MySejahtera

Tarikh Temujanji Imunisasi COVID-19 Fasa Kedua Akan Diperlihatkan Bermula Hari Ini Melalui MySejahtera

Diterbitkan pada Apr 5, 2021 oleh .

Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula tidak lama lagi, dan menurut Khairy Jamaludin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, warga emas, kurang upaya dan mereka yang lebih mudah mendapat jangkitan yang telahpun berdaftar untuk menerima suntikan imunisasi COVID-19 akan mula menerima tarikh temujanji mereka melalui aplikasi MySejahtera bermula hari ini.

Menurut beliau lagi, mereka yang layak menerima suntikan didalam fasa ini akan menerima tarikh temujanji mereka dalam masa 14 hari sebelum suntikan, dan mereka akan menerima peringatan melalui SMS ataupun panggilan telefon dalam tempoh tiga hari sebelum suntikan.

Pecahan pendaftar fasa kedua PICK ini termasuklah:

  • Warga emas: 1,229,885
  • OKU: 115,249
  • Individu komorbiditi: 1,741,935

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa lapan negeri akan mula melaksanakan fasa kedua PICK bermula 19 April.


Paling Popular