Cari @ Amanz

Redmi 20X Diperlihatkan – Mungkin Hanyalah Redmi Note 10 5G Untuk Pasaran China

Link Copied!

Selepas berjaya mencuri perhatian ramai menerusi pengenalan siri Redmi Note 10, tempoh hari. Redmi kini dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi peranti di bawah siri X untuk pasaran China. Dikenali sebagai Redmi 20X, rekaan dan sejumlah spesifikasi padanya telah mula diperlihatkan menerusi satu poster tertiris.

Melaluinya, ia menunjukkan Redmi 20X akan dilengkapi sokongan rangkaian 5G terbina, skrin dengan kadar semula 90Hz dan kamera denga sensor utama 48-Megapixel. Dari segi rekaan luaran, elemen pada Redmi 20X amat mirip dengan Redmi Note 10 5G. Terdapat spekulasi awal yang mengatakan peranti ini berkemungkinan besar hanyalah Redmi Note 10 5G yang dijenamakan semula. Oleh itu, kedua-duanya dipercayai akan berkongsi spesifikasi yang sama kelak.

Selain daripada rekaan dan spesifikasi, poster turut mengesahkan harga jualan rasmi untuk peranti berkenaan. Di mana, Redmi 20X berharga RMB999 (~RM630) untuk variasi 4GB + 128GB. Melaluinya, ia sekaligus bakal menjadi sebuah lagi peranti mampu milik yang disertakan dengan rangkaian 5G terbina untuk pasaran China.


Komen ()