Ciri Pengasingan Audio RTX Voice Kini Disokong Pada Kad Grafik Siri GTX Juga

Diterbitkan pada Apr 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX dengan prestasi yang sangat berkuasa dimana ia bukan sahaja hadir dengan kemampuan menggerakkan grafik berkualiti tinggi, tetapi juga ciri-ciri tambahan seperti ciri “aimbot” NVIDIA Reflex dan juga ciri pengasingan audio RTX Voice.

RTX Voice khususnya sebuah ciri yang sangat kerap digunakan oleh penstrim dan mereka yang bekerja dan menggunakan perkhidmatan telesidang yang memerlukan pengasingan audio percakapan dan juga bunyi hingar latar belakang.

Akan tetapi, ciri tersebut sebelum ini hanya hadir pada kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX. Ini adalah kerana ia dikatakan bahawa RTX Voice menggunakan cip teras Tensor yang hanya hadir pada siri kad grafik tersebut.

Terkini, NVIDIA mengeluarkan pengumuman dan mengatakan bahawa ciri RTX Voice ini akan diperkenalkan pada siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX juga, sehinggalah siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX 600 yang masih lagi disokong oleh perisian NVIDIA terkini.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun perisian NVIDIA Broadcast, dan ikuti langkah-langkah yang diberikan oleh NVIDIA.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami