Cari @ Amanz

Pasaran China nampaknya semakin tegas dalam mengurangkan kebergantungan teknologi daripada syarikat-syarikat luar. Selain daripada pembangunan teknologi rangkaian 5G mereka sendiri, mereka juga dilihat membangunkan cip pemprosesan komputer keluaran tempatan, dan terkini, kad grafik mereka sendiri.

Tianshu Zhixin Big Island 1

Projek ini dipelopori oleh syarikat yang bernama Tianshu Zhixin, yang baru-baru ini telah memperkenalkan kad grafik mereka sendiri yang dinamakan Big Island dan akan digunakan untuk mesin-mesin pelayan yang memfokuskan kepada pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan seperti NVIDIA A100 ataupun AMD Instinct MI100.

Big Island specs

Menurut laporan VideoCardz, kad grafik ini dibina menggunakan proses 7nm FinFET dan mempunyai 24 bilion transistor terbina, dan dilengkapi dengan 32GB memori HBM2 yang terbaru.

Tianshu Zhixin Specs 2

Dari segi prestasi, kad grafik ini hadir dengan kadar pengiraan single-point compute performance (FP32) setinggi 37 TFLOPs dan half-point compute performance (FP16/BF16 setinggi 147 TFLOPs yang dilihat cukup mengagumkan untuk sebuah kad grafik untuk tujuan ini.

Big Island

Menurut laporan tersebut lagi, kad grafik ini, yang telah dibangunkan sejak tiga bulan lepas akan mula dibangunkan secara besar-besaran untuk kegunaan mesin-mesin pelayan di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd