Cari @ Amanz

Dimsum merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang disediakan oleh The Star, menawarkan sejumlah kandungan dari rantau Asia melaluinya.

Dimsum

Melalui pengumuman pihak The Star, Dimsum Entertainment akan ditamatkan pada 30 September 2021 ini.

Ia dikatakan pihak Star Media Group telah mengenal-pasti beberapa peluang baharu yang ingin diceburi, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri.

Pasukan disebalik Dimsum akan  ditempatkan semula ke beberapa projek sedia ada dan projek baharu dalam perancangan.

Bagi anda, adakah anda akan merindui Dimsum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd