Samsung Hadir Dengan Galaxy Buds Pro Edisi Adidas

Diterbitkan pada Apr 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sebelum ini sedia melaksanakan penawaran produk bertema edisi khas bersama beberapa jenama, dan terbaru, di Korea Selatan, Samsung telah memperkenalkan Galaxy Buds Pro Adidas Original Special Pack.

Fon telinga nirwayar edisi khas ini hadir dengan rekaan eksklusif hasil kerjasama dengan pihak Adidas. Ia menggunakan pewarnaan klasik hijau dan putih Stan Smith, dilengkapi bahan mesra alam, serta menawarkan beberapa kandungan eksklusif untuk pembeli.

Bagi pembeli, selain produk edisi khas ini, anda juga akan menerima tema khas Adidas Original apabila anda menghubungkan Galaxy Buds Pro ini kepada telefon Galaxy anda. Selain itu, pakej berkenaan turut menyertakan kupon khas untuk membeli kasut Stan Smith.

Buat masa ini, produk edisi khas ini ditawarkan di Korea Selatan sahaja. Bagi anda, adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami