Cari @ Amanz

Yahoo Answers merupakan salah satu laman soal-jawab yang terkenal dan digunakan ramai sejak 2005 untuk berinteraksi, dan mengetahui jawapan untuk sejumlah persoalan di minda mereka.

Apa pun, dengan perkembangan arena internet, Yahoo kini dilihat menstruktur semula pelbagai perkhidmatan mereka, dan telah pun mengumumkan mereka akan menamatkan Yahoo Answers pada 4 Mei 2021 kelak.

Penutupan akan dilakukan secara berperingkat. Bermula 20 April kelak, pengguna tidak boleh menghantar sebarang pertanyaan baharu, dan selepas 4 Mei, ia akan ditutup sepenuhnya. Pengguna juga diberikan masa sehingga 30 Jun 2021 untuk memuat-turun sebarang arkib perkongsian  anda dari Yahoo Answers untuk simpanan anda.

Yahoo mengatakan salah satu sebabnya adalah kerana populariti Yahoo Answers kebelakangan ini. Dengan menutupnya, pihak Yahoo boleh memfokuskan sumber dan tenaga kepada produk lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd