Cari @ Amanz

Clubhouse Kini Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Duit

Oleh Aman

Link Copied!

Clubhouse, salah satu perkhidmatan yang popular akhir-akhir ini dengan ciri perbualan suara masa-nyata, terkini menambah sebuah ciri baharu dinamakan Clubhouse Payments.

Melalui ciri baharu ini, ia membolehkan para penerbit kandungan menjana pendapatan melalui Clubhouse.

Bermula hari ini, semua pengguna sudah boleh menghantar duit dan menyokong penerbit kandungan yang diminati mereka. Apa pun, ciri menerima pembayaran masih terhad dan sedang diperkenalkan secara berperingkat.

Clubhouse mengatakan pengguna akan diminta untuk mendaftar kad kredit atau debit pada akaun mereka terlebih dahulu, sebelum boleh menghantar dan menerima wang melaluinya.

Clubhouse turut menekankan 100% pembayaran akan diterima oleh penerima, tanpa sebarang caj diambil oleh pihak Clubhouse.


Komen ()