Sony Xperia 1 II sedikit sebanyak berjaya mengembalikan semula maruah Sony telah lama tercalar kerana tidak mampu memberikan saingan kepada pengeluar lain. Dengan kerjasama yang lebih menyeluruh dari perniagaan AV, kamera, permainan video dan peranti mudah alih, Xperia 1 II adalah antara peranti terbaik tahun 2020. Kita kini di tahun 2021 dan Xperia 1 III akan dilancarkan pada 14 April dan rekaannya telah tertiris.

Rekaan tertiris menerusi pengeluar kerangka Olixar. Tiada perubahan mendapat pada tubuh peranti dapat dilihat dengan skrin memanjang 21:9 dikekalkan. Perubahan ketara dapat dilihat pada sistem kamera yang akhirnya mempunyai sokongan zum periskop nirhilang serta kedudukan sensor TOF yang dialih. Seterusnya pada bahagian sisi terdapat satu lagi butang fizikal tambahan yang berkemungkinan besar dipinjam dari Xperia Pro. Butang tambahan ini boleh diprogramkan untuk melancarkan aplikasi dengan pantas.