Juho Sarvikas Menyertai Qualcomm Sebagai Timbalan Presiden

Juho Sarvikas Menyertai Qualcomm Sebagai Timbalan Presiden

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Misteri mengenai peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif Nokia Mobile, Juho Sarvikas terjawab hari ini. Menerusi ciapan di akaun Twiter, beliau akan menyertai Qualcomm pada 12 April sebagai timbalan presiden. Pada waktu yang sama menyandang juga jawatan sebagai presiden perniagaan di Amerika Syarikat.

Sarvikas bertugas di Nokia selama 15 tahun sebelum mengumumkan peletakan jawatan hampir dua minggu lalu. Pengumuman dilakukan sebelum acara pelancaran produk baharu Nokia diumumkan. Beliau bertanggungjawab mengemudi bahtera Nokia Mobile selepas ia kembali ke perniagaan telefon pintar di bawah HMD Global empat tahun yang lalu.


Paling Popular