Cari @ Amanz

Google Mengambil Alih Dysonics – Syarikat Tunas Rintis Audio 3D

Link Copied!

Apple, Samsung dan Sony kesemuanya telah melancarkan aksesori audio yang menyokong audio tiga dimensi. Mengejutkan sekali syarikat besar yang masih belum menawarkannya ialah Google. Tetapi menurut laporan Protocol hari ini, mereka telah mengambil alih syarikat tunas rintis Dysonics yang menghasilkan peralatan audio 3D.

Google masih belum melakukan pengumuman rasmi pembelian Dysonics tetapi beberapa kakitangan syarikat telahpun mengubah status majikan di LinkedIn. Mereka juga dilaporkan sedang membangunkan perkakasan audio untuk Google pada waktu ini besar kemungkinan adalah Pixel Buds generasi baharu.

Sokongan audio spatial adalah penting pada waktu ini terutamanya dalam dunia realiti maya. Dengan pengambilalihan Dysonics, Google tidak lagi boleh memberikan alasan audio spatial tidak disokong pada perkakasan audio dan peranti mereka dalam masa terdekat.


Komen ()