VENUE Ialah Perkhidmatan Penstriman Yang Harga Langganannya Mengikut Jumlah Penonton

Diterbitkan pada Apr 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kelebihan perkhidmatan penstriman ialah kandungan boleh ditonton berkali-kali dengan hanya membayar secara bulanan. Ia menguntungkan pelanggan tetapi merugikan pemilik IP. Ini ialah isu hangat di kalangan pembikin filem yang merasakan mereka mengalami kerugian kerana tiket yang sepatutnya dibayar untuk setiap kepala kini dijual secara pukal tanpa mengira jumlah penonton. XcineX ialah sebuah syarikat tunas rintis yang ingin menyelesaikan “masalah” ini menerusi VENUE.

VENUE ialah perkhidmatan penstriman pertama yang mengenakan bayaran berdasarkan jumlah penonton. Katakanlah anda ingin menonton sebuah filem, anda perlu membayar untuk setiap penonton sebelum pentriman boleh dimulakan. Sensor VENUE akan sentiasa melihat bagi memastikan jumlah penonton adalah sama seperti tiket yang dibeli. Jika ia mengesan pengguna cuba mengelat, penstriman akan dihentikan.

Walaupun idea ini akan meningkatkan kos kepada pengguna serta menimbulkan isu privasi sentiasa dipantau di rumah, VENUE dibagunkan oleh bekas pekerja dari Sony, Paramount, CBS, Universal, dan Warner Brother yang percaya terdapat pasaran untuk produk ini. Selain untuk menonton filem, VENUE juga ingin menawarkan tayangan konsert dan acara sukan secara langsung ke rumah.

VENUE telahpun memulakan ujian Beta di Amerika Syarikat dengan pelancaran produk dijadualkan berlaku pada suku keempat 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami