Model Olok iPhone 13 Menunjukkan Takuk Yang Kecil

Model Olok iPhone 13 Menunjukkan Takuk Yang Kecil

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, kita disajikan dengan ura-ura mengenai iPhone 13 dipercayai hadir dengan rekaan takuk lebih nipis. Terkini, model olok untuk peranti berkenaan dilaporkan tertiris – sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Ia memperlihatkan rekaan takuk pada bahagian hadapan menjadi lebih kecil. Kemudian, kedudukan untuk earpiece dan kamera hadapan turut disusun semula. Di mana, Apple dijangka mengubah kedudukan earpiece ke bahagian atas takuk pada bezel skrin. Manakala, kedudukan kamera hadapan pula diubah ke sebelah kiri. Menurut sumber, iPhone 13 akan menampilkan takuk lebih nipis tetapi sedikit lebar berbanding model sedia ada.

Namun begitu, model olok berkenaan tidak pula mendedahkan sebarang perubahan untuk rekaan pada kamera belakang atau aspek reka bentuk peranti sedia ada. Meskipun begitu, iPhone 13 dipercayai hadir dengan beberapa ciri utama baharu. Antaranya, ia dikhabarkan bakal hadir dengan skrin 120Hz, cip pemproses lebih pantas, kamera lebih baik dan banyak lagi penambahbaikan lain.


Paling Popular