Carsome Menyaksikan Jualan Lebih 8000 Kereta Terpakai Setiap Bulan – Menyasarkan Pendapatan Lebih $1 Bilion Pada 2021

Carsome Menyaksikan Jualan Lebih 8000 Kereta Terpakai Setiap Bulan – Menyasarkan Pendapatan Lebih $1 Bilion Pada 2021

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Carsome merupakan salah satu syarikat edagang kereta yang memfokuskan kepada jual-beli kenderaan terpakai.

Sejak diperkenalkan, populariti Carsome meningkat secara mendadak, dan kini antara platform yang dituju ramai apabila bercakap mengenai kenderaan terpakai.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Carsome menyaksikan transaksi melibatkan 100,000 buah kereta setahun, dengan nilai transaksi melangkaui $700 juta.

Carsome mengatakan kini kadar penembusan mereka dalam arena pasaran kereta terpakai di Asia Tenggara telah meningkat kepada hampir 2%.

Untuk tahun 2021 ini, Carsome menyasarkan untuk hasil pendapatan mereka melangkaui $1 bilion, dan kini menyaksikan sekitar 8000 jualan kereta terpakai setiap bulan.

Selari dengannya juga, hari ini Carsome mengumumkan mereka akan menaja sukan permotoran melalui pasukan B-Quik Absolute Racing Team dalam kejuaran Thailand Super Series 2021.

Layari : Carsome


Paling Popular