Mod Memandu Google Assistant Pada Google Maps Mula Diedarkan Kepada Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Apr 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android Auto adalah sistem inforia tersendiri Google. Tetapi peranti atau kereta yang ada sistem Android Auto bukan boleh dimiliki oleh semua orang, lebih-lebih lagi di Malaysia dengan pilihan terhad seperti pada Toyota, Honda dan lain-lain. Oleh yang demikian, Google sejak tahun 2019 telah mencari alternatif dengan mengintegrasikan ke dalam Google Maps. Tahun lepas, pengguna di Amerika Syarikat sudah dapat mengujinya.

Kini, melalui kemaskini dari bahagian pelayan – peranti Mi 11 saya set Malaysia mula menerima kemaskini ini. Melalui kemaskini ini, Google Maps kini mempunyai antaramuka seakan Android Auto dengan beberapa sokongan aplikasi. Pada peranti saya, Google Podcast, Spotify, YouTube Music, Telegram, VLC semuanya dimasukkan sekali. Setiap aplikasi ini ada antaramuka tersendiri dengan saiz teks dan ikon besar untuk kawalan mudah si pemandu kereta. Bukan itu sahaja, panggilan telefon, mesej dan media lain juga mudah diakses.

Paling menarik, jika terima notifikasi dari WhatsApp, SMS atau Telegram – Google Assistant akan menawarkan untuk membacakan mesej. Kemudian dengan arahan suara sahaja boleh membalas mesej. Penggunaan Google Assistant juga lebih mudah dan imersif. Mod ini dilihat aktif secara automatik dan boleh dimatikan dalam tetapan yang jelas kelihatan. Perlu diingatkan yang mod ini hanya boleh diakses melalui mod potret dan jika peranti melintang ia akan menjadi Google Maps biasa sahaja.

Versi Google Maps pada Mi 11 saya adalah 10.64.2, yang mana adalah versi terkini dari Play Store. Anda boleh cuba muat turun versi ini atau yang lebih terkini di web.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami