Spesifikasi ROG G15 Yang Dikuasakan Sepenuhnya Oleh Komponen AMD Tertiris

Spesifikasi ROG G15 Yang Dikuasakan Sepenuhnya Oleh Komponen AMD Tertiris

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Apabila bercakap mengenai komputer riba gaming, komputer riba gaming kebelakangan ini rata-ratanya memperlihatkan gabungan CPU-GPU Intel-NVIDIA ataupun AMD-NVIDIA. Kedua-dua konfigurasi ini rata-rata menggunakan kad grafik NVIDIA sebagai pilihan untuk menggerakkan bahagian grafik.

Terkini, spesifikasi dalaman sebuah komputer riba Republic of Gamers yang terbaru telahpun tertiris, yang menggunakan gabungan CPU dan juga GPU AMD. Tum_Apisak di Twitter telah memperlihatkan spesifikasi sebuah komputer riba ROG dengan model G513QY.

Komputer riba ini, yang dijangka adalah model ROG G15, dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 9 5900HX dan juga kad grafik AMD Radeon RX 6800M yang hadir dengan sebanyak 12GB memori GDDR6.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah ASUS akan memperkenalkan ataupun memperlihatkan komputer riba ROG G15 dengan gabungan kedua-dua CPU dan kad grafik AMD ini. Berdasarkan spesifikasinya, kami menjangkakan bahawa konfigurasi komputer riba ini akan memperlihatkan


Paling Popular