WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Memindahkan Chat Antara iPhone Dan Android

WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Memindahkan Chat Antara iPhone Dan Android

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular di seluruh dunia. Namun, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah berkenaan dengan kesukaran membawa senarai mesej perbualan dari peranti berasaskan iOS ke Android, dan juga sebaliknya.

Terdapat beberapa perisian pihak ketiga, namun, pihak WhatsApp mengatakan perisian berkenaan mungkin tidak selamat.

Menariknya, kini melalui kod pembangunan awal yang ditemui WABetaInfo, WhatsApp dilihat sedang membangunkan ciri untuk memindahkan senarai mesej perbualan dari peranti berasaskan iOS ke Android, dan begitu juga sebaliknya.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna apabila berpindah dari satu peranti ke peranti lain, tanpa perlu menghiraukan berkenaan dengan platform yang digunakan.

Ciri ini masih pada peringkat pembangunann, dan mungkin mengambil tempoh yang lama sebelum ia diperkenalkan kepada orang ramai.


Paling Popular