Pelan Celcom MAX Tawar Kelajuan Sehingga 500Mbps – Harga Bermula Serendah RM179

Pelan Celcom MAX Tawar Kelajuan Sehingga 500Mbps – Harga Bermula Serendah RM179

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini mengumumkan penawaran pelan internet baharu menerusi Celcom MAX. Ia merupakan sebuah pelan yang menggabungkan pelan jalur lebar Celcom Home Fibre dan pascabayar Celcom Mega menjadi satu bil bayaran yang sama. Secara tidak langsung, pelan baharu ini bukan sahaja bantu memudahkan pelanggan, tetapi juga menjimatkan wang.

Sebagai harga pengenalan, pelan Celcom MAX ditawarkan pada harga bermula RM179 untuk akses 100Mbps internet berkelajuan tinggi tanpa had. Melaluinya, Celcom turut menawarkan penjimatan sebanyak RM21 / sebulan untuk seumur hidup, panggilan tanpa had di talian mudah-alih, penghala (router) AX secara percuma dan akses tanpa had kepada kandungan hiburan daripada IQIYI atau iflix selama 6 bulan.

Sebagai pilihan lain, pelanggan juga boleh melanggan pelan Celcom MAX 300Mbps dengan harga bermula RM199 dan pelan Celcom MAX 500Mbps pula pada harga bermula RM259. Dalam pada itu, pelanggan juga boleh memilih tambahan Celcom Mesh Wi-Fi hanya pada RM25 untuk sepasang selama 24 bulan. Ia bagaimanapun, hanya terhad buat pelanggan yang melanggan pelan Celcom Max 100Mbps dan 300Mbps sahaja. Tetapi, pelanggan Celcom Max 500Mbps pula akan ditawarkan secara percuma.

Apa yang menariknya lagi, mana-mana 100 pelanggan terawal yang melanggan pelan ini di antara tarikh 6 hingga 9 April 2021 layak menikmati satu bulan bil percuma. Selain itu, setiap pelanggan Celcom MAX juga boleh menikmati potongan diskaun sehingga 50% untuk pembelian pelbagai peranti – seperti Televisyen Sharp 60 inci, Microsoft Surface Pro X 256GB LTE atau Surface Go 2 128GB LTE. Untuk makluman lanjut, sila layari laman sesawang Celcom.


Paling Popular