Cari @ Amanz

Sejak dua tahun lepas, Spotify mula memberikan fokus penuh kepada podcast. Joe Rogan adalah pertama yang terkenal menjadi eksklusif, kemudian daripada 345 juta pengguna yang aktif tahun lepas – 25% mendengar Spotify dan pengguna muda dari usia 18-24 tahun juga mula mengikuti trend dengan buat pertama kali. Menggalakkan lagi para penulis bergerak ke arah Spotify, artikel dari WordPress turut boleh diubah menjadi audio melalui Anchor (milik Spotify).

Podcast Spotify sehingga hari ini boleh diakses oleh semua pelanggan. Tetapi kelak ini mungkin akan berubah, kerana Spotify ingin mengintegrasikan sistem pembayaran kepada pencipta kandungan podcast. Pemilik podcast atau hos boleh tetapkan langganan bulanan untuk akses beberapa episod, atau episod khas untuk pelanggan berbayar sahaja. Misalnya podcast di Amanz, kelak kami mungkin boleh tetapkan Sembang Lebat episod 1-5 percuma kepada pelanggan berbayar, tetapi episod 6-10 hanya boleh diakses oleh pelanggan yang membayar langganan podcast di atas langganan Spotify yang telah dibayar.

Bukan itu sahaja, Spotify juga dilaporkan akan menyediakan fungsi soal jawab dengan kemampuan hos boleh tanda maklum balas kegemaran atau juga menyekat pendengar dari memberikan soalan.

Dengan harga langganan Spotify yang sudah semakin mahal, kelak akan ada pula pelan HiFi yang mungkin lagi mahal – mendengar podcast perlu bayar asing? Ini mungkin adalah keputusan yang aneh dari mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd