Aplikasi Google Translate Sudah Dimuat-turun Sebanyak 1 Bilion Kali — Kini Boleh Menterjemah 108 Bahasa

Aplikasi Google Translate Sudah Dimuat-turun Sebanyak 1 Bilion Kali — Kini Boleh Menterjemah 108 Bahasa

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, dan apabila orang ramai boleh mengembara, bercuti dan pergi bekerja di mana-mana negara, aplikasi Google Translate pastinya salah satu aplikasi wajib yang ada di peranti-peranti pengguna.

Aplikasi tersebut bukan sahaja boleh menterjemah 108 bahasa secara bertulis, tetapi juga hadir dengan kemampuan untuk menterjemah teks melalui kamera dan hadir dengan kemampuan menterjemah secara luar-talian, bergantung kepada pak bahasa yang dimuat-turun.

Terkini, ia dilaporkan bahawa aplikasi Google Translate ini sudah dimuat-turun sebanyak 1 bilion kali melalui Google Play Store. Angka sebenar jumlah aplikasi ini dimuat-turun mungkin lebih tinggi, khususnya kerana ia juga ditawarkan di Apple App Store.

Ini adalah statistik yang cukup menarik khususnya kerana walaupun ciri Translate ini terbina pada sejumlah aplikasi Google lain seperti Lens, Chrome dan sebagainya, aplikasi kendiri Google Translate masih dimuat-turun orang ramai dengan banyak.


Paling Popular