Oppo F19 Dilancarkan Di India Dengan Snapdragon 662 Dan Kamera 48MP

Oppo F19 Dilancarkan Di India Dengan Snapdragon 662 Dan Kamera 48MP

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Imbas kembali, Oppo sedia hadir dengan penawaran dua buah model berbeza di bawah siri Oppo F19 sebelum ini – menerusi pengenalan Oppo F19 Pro dan Oppo F19 Pro+. Terkini, mereka dilihat hadir dengan penawaran satu lagi model baharu di bawah siri yang sama dikenali sebagai Oppo F19 pula.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo F19 dilengkapi paparan AMOLED bersaiz 6.43-inci dengan rekaan panel hadapan berlubang. Paparan ini turut menyokong resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula standard. Dari aspek dalaman, Oppo F19 dilengkapi cip Snapdragon 662, memori 6GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.1), GPU Adreno 610 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel sebagai sensor utama, 2-Megapixel untuk sensor kedalaman dan 2-Megapixel untuk sensor makro. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.

Untuk harga, Oppo F19 dijual pada ₹18,990 (~RM1068) dan terdapat dua warna berbeza yang disediakan seperti Prism Black dan Midnight Blue. Pada waktu ini ia hanya ditawarkan untuk negara India sahaja.


Paling Popular