Google Mengambil-alih Dysonics Untuk Mengembangkan Kemampuan Siri Fon Telinga Google Buds

Diterbitkan pada Apr 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sangat dikenali untuk perisian dan perkhidmatan atas talian mereka, tetapi mereka juga membangunkan sejumlah peranti fizikal seperti peranti pintar Google Pixel dan fon telinga Pixel Buds, dimana fungsi uniknya ialah hadir dengan ciri terjemahan masa nyata terbina.

Pada bulan Disember tahun lepas, Google dilaporkan telah mengambil-alih syarikat pembangunan teknologi audio Dysonics, tetapi sehingga kini, Google tidak mengesahkan perkara tersebut. Akan tetapi, 9 To 5 Google baru-baru melaporkan bahawa beberapa pekerja Dysonics telah mengumumkan bahawa mereka bekerja di Google dan sedang membangunkan perkakasan audio untuk syarikat tersebut.

Ia diunjurkan bahawa Dysonics sedang membangunkan fon telinga Pixel Buds untuk Google yang hadir dengan fungsi 3D Audio yang sudahpun hadir melalui fon telinga AirPods Pro keluaran Apple dan juga Galaxy Buds Pro keluaran Samsung.

Google dilihat semakin serius dalam industri pembuatan peranti, dengan pengumuman bahawa mereka akan membangunkan cip pemprosesan sendiri untuk peranti Pixel 6 akan datang. Dengan pengambil-alihan Dysonics ini, ia dapat dijangka bahawa Google akan memperkenalkan Pixel Buds generasi baru yang lebih berkuasa di masa akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami