Carian
ZTE
Siri ZTE Axon 30 Akan Dilancarkan Pada 15 April
April 6, 2021 Amy Maizuraa

Seperti sedia maklum, ZTE kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu di bawah siri Axon yang bakal memfokuskan kepada keupayaan kamera. Dikenali sebagai siri ZTE Axon 30 kelak, ZTE kini mengesahkan bahawa peranti berkenaan akan diperkenalkan secara rasmi pada 15 April hadapan.

Selain daripada tarikh pelancaran, rekaan pada peranti turut telah diperlihatkan menerusi poster dan video promosi pendek yang dikongsi. Ia menunjukkan panel belakang peranti akan mempunyai kemasan seakan kaca dengan sistem kuad-kamera utama bersama-sama dengannya. Kalau perasan, salah satu daripadanya adalah lensa berbentuk segi empat dan bukannya bulat. Ini mungkin adalah untuk lensa periskop.

Imbas kembali, ZTE sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan cip Snapdragon 888 untuk salah satu model di bawah siri ini. Seperti biasa penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Komen