Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 11 Ultra adalah peranti mercu Xiaomi paling hebat. Ini kerana ia memuatkan spesifikasi yang cukup hebat dengan cip Snapdragon 888, skrin sekunder di belakang, paling penting buat pertama kali juga peranti Xiaomi menyokong IP68 untuk perlindungan air dan debu. Bercakap mengenai yang pertama, Mi 11 Ultra juga menggunakan sensor 50MP ISOCELL GN2 dari Samsung yang pertama dunia.

Seperti semua siri peranti mercu Mi 11, Mi 11 Ultra turut menggunakan skrin AMOLED 120Hz adaptif dengan sokongan paparan Dolby Vision dan bersaiz 6.81-inci. Untuk variasi yang akan dijual di Malaysia, Xiaomi menawarkan tetapan 12/256 GB. Seperti yang dikatakan tadi, cip adalah Snapdragon 888 dengan GPU Adreno 660. Konfigurasi kamera pula tiada gimik, sebaliknya menggunakan sensor gabungan 50+48+48 Megapixel dan juga sensor dToF.

Kamera menyokong zum 120x digital, 10x hibrid dan 5 optikal. Swafoto sama untuk semua siri, iaitu 20MP. Mi 11 Ultra menerima skor DXOMark pertama dengan kemampuan rakaman 8K 30fps, lebih baik, stabil dan juga memuaskan. Terdapat skrin sekunder di belakang untuk notifikasi asas dan swafoto menggunakan kamera utama.

Xiaomi Malaysia menjual Mi 11 Ultra pada harga RM4,299. Warna hitam dan putih ditawarkan dan 200 pelanggan pertama akan menerima rantai kunci Mi Bunny dengan ukiran nama pembeli dan baju Mi Fan Festival 2021. Tarikh jualan masih tidak diumumkan, tetapi pra-tempahan boleh dilakukan bermula 8 April.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd