Cari @ Amanz

Peranti untuk permua Lenovo Legion 2 Pro adalah antara yang dinantikan kerana ia bakal memberikan saingan kepada ASUS ROG Phone 5 dan Black Shark 4 Pro. Selama ini hanya maklumat mengena skrin, pemproses, kamera dan bateri telah dikogsi oleh Lenovo tetapi rekaannya berjaya dirahsiakan.

Namun begitu dua hari sebelum pelancaran secara rasmi ia akhirnya tertiris. Di atas ialah gambar sebenar Lenovi Legion 2 Pro dengan rekaan panel belakang yang unik. Kamera utama masih lagi terletak di tengah-tengah seperti Lenovo Legion versi pertama dan dapat juga dilihat kipas penyejuk yang terbuka lengkap dengan lohong udara. Dengan sistem penyejukan aktif ini, suhu peranti dapat dikawal dengan lebih baik walaupun dalam situasi permua yang berat.

Pada bahagian hadapan pula skrin yang besar tanpa takuk digunakan. Lenovo telahpun mengesakan sistem pop-sisi akan digunakan semula tetapi degan sensor gergasi 44-MP yang lebih baik. Setakat ini peranti ini disahkan menggunakan Snapdragon 888, skrin 144Hz dan bateri sebesar 5500 mAh yang menyokong pengecasan semula 90W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd