Redmi Note 10 Pro Edisi Mi Fan Festival 2021 Boleh Didapati Pada Harga RM1099 – Khusus Untuk Peminat Xiaomi

Redmi Note 10 Pro Edisi Mi Fan Festival 2021 Boleh Didapati Pada Harga RM1099 – Khusus Untuk Peminat Xiaomi

Diterbitkan pada Apr 6, 2021 oleh .

Siri Redmi Note 10 adalah peranti kelas pertengahan terbaik yang Xiaomi pernah bawakan di Malaysia. Ia dijual pada harga mampu milik, mempunyai spesifikasi yang cukup hebat padan dengan harga, serta binaan premium. Paling menarik perhatian adalah skrin AMOLED 120Hz yang cantik dan memuaskan.

Sempena hari Mi Fan Festival 2021 (MFF), Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 10 Pro edisi MFF 2021. Ia dijual pada harga sama, iaitu RM1099. Variasi yang dijual adalah 8/128 GB dan peranti adalah berwarna gangsa. Menurut Xiaomi, edisi ini dijual secara terhad di seluruh dunia dan kali ini ia bukan sahaja menyambut peminat – sebaliknya memberi maksud peranti Xiaomi yang semakin berhubung dengan peranti berhubung.

Pra-tempahan sudah pun bermula hari ini, 6 April dan boleh dibeli di kedai-kedai Xiaomi kelak. Jika ingin pantas, beli melalui pautan di bawah.

Beli Redmi Note 10 Pro Edisi MFF 2021 Di Shopee


Paling Popular