Cari @ Amanz

Samsung merupakan satu jenama yang gah dalam menawarkan teknologi kepada pengguna. Bulan lepas sahaja mereka tampak agresif menawarkan pelbagai peranti dan salah satunya dalam keluarga siri A adalah Samsung Galaxy A32 yang merupakan kelas paling asas namun membawakan spesifikasi yang sangat baik dan mampu meletakkan mereka jauh dari pesaing lain.

Sekiranya anda sedang mencari-cari telefon kelas asas dengan rekabentuk kukuh dan jaminan prestasi, berikut merupakan 5 sebab kenapa anda perlu memilih Samsung Galaxy A32 berbanding telefon pintar yang lain.

Prestasi Cip 8-Teras Helio G80

Menjadi satu kewajipan untuk setiap telefon pintar memiliki lebih banyak teras bagi menyokong fungsi multi-tugasan (Multitasking). Dengan cip yang berkuasa, ia sekaligus dapat menjamin kelancaran sesuatu aplikasi yang sedang digunakan dan tidak mengganggu pengalaman penggunaan peranti tersebut.

Samsung Galaxy A32 ini adalah bersesuaian dengan prestasi dan kelasnya, di mana ia menggunakan cip 8-teras Helio G80 dengan keupayaan grafik yang boleh memberikan pengalaman lancar sewaktu bermain permainan popular. Cip keluaran MediaTek ini juga yang terkini di pasaran, justeru memberikan jangka hayat lama untuk peranti ini.

Memori pantas 8GB RAM & Storan 128GB Terbina

Melengkapkan Samsung Galaxy A32 adalah kapasiti RAM yang agak besar untuk kelasnya iaitu 8GB RAM. Ini sekaligus dapat membantu pengguna dalam menjamin kelancaran penggunaan aplikasi tersebut dan juga membolehkan aplikasi beroperasi di belakang antaramuka aktif.

Jika itu dari segi memori RAM, kapasiti storan peranti ini juga cukup besar dalam kelasnya. Ia menawarkan storan 128GB terbina dan sekaligus memberikan lebih nilai penggunaan kerana pengguna boleh memuatkan pelbagai audio dan video pada telefon pintar ini.

Dan sekiranya kapasiti 128GB itu masih tidak mencukupi, pengguna boleh memilih untuk menambah kapasiti storan sehingga 1TB menerusi kad slot SD-Mikro. Pada tahun 2021 tidak banyak telefon menawarkan ciri ini dan pujian harus diberi kepada Samsung Galaxy A32.

Kapasiti Bateri 5,000 mAh Dengan Pengecasan Pantas 15W

Masa itu emas. Kenapa perlu bazirkan masa untuk mengecas peranti anda. Pada tahun 2021, pengecasan pantas seharusnya menjadi satu kewajipan untuk semua peranti dan Samsung turut menyertakan fungsi tersebut pada Galaxy A32.

Pada Samsung Galaxy A32, pengecasan pantas 15W turut ditawarkan sekaligus menjimatkan masa pengguna bagi mengecas peranti dengan kapasiti bateri 5,000 mAh. Pada kapasiti ini, bateri dapat bertahan lama dengan waktu bersedia sehingga dua hari.

Dan anda boleh katakan tidak bagi membawa bank kuasa yang berat dan melecehkan.

Menyokong Samsung Pay NFC

Dalam norma baharu, pelbagai amalan baharu diamalkan dan salah satunya adalah dengan mengurangkan sentuhan fizikal antara satu sama lain. Pandemik ini juga mempercepat penggunaan teknologi baharu dan dengan pilihan pembayaran nirtunai yang terdapat pada Samsung Galaxy A32, ia boleh memudahkan pengguna.

Pengguna Samsung Galaxy A32 hanya perlu melancarkan aplikasi Samsung Pay, dan memasukkan data-data kad pembayaran dan juga kad keahlian. Sewaktu melakukan pembayaran, pengguna hanya perlu menyentuhkan telefon pintar kepada terminal pembayaran, sama seperti melakukan pembayaran menerusi cara sentuhan popular PayWave. Ini sekaligus memudahkan pengguna, di samping mengurangkan risiko sentuhan.

Sekuriti Tinggi Pengimbas Cap Jari

Melengkapi kesemua ciri ini adalah tahap sekuriti yang tinggi yang ditawarkan menerusi Samsung Knox. Samsung Knox melindungi peranti daripada sebarang ancaman perisian hasad mahupun tebusan (ransomware) dan dapat memberikan ketenangan kepada pengguna. Bagi melindungi fail-fail sulit dan menyah-kunci peranti, pengguna boleh mengimbas cap jari bagi mengaksesnya. Fungsi imbasan cap jari ini juga boleh digunakan bagi mengakses laman web yang memerlukan sekuriti tinggi.


Samsung Galaxy A32 telah mula dijual di cawangan kedai Samsung serta pengedar bertauliah, dan turut dijual secara dalam talian. Ia dijual pada harga RM 1,099 dan dengan setiap pembelian pengguna akan menerima sarung lutsinar lembut berharga RM 39. Dan sekiranya anda memasukkan kod AMAVIP untuk pembelian dalam talian, anda turut akan menerima pengecasan pantas untuk pengecas kereta secara percuma.

Beli: Samsung Galaxy A32

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd