Cari @ Amanz

Semalam harga jualan rasmi Xiaomi Mi 11 Ultra untuk pasaran Malaysia diumumkan dan ianya masih lagi selari dengan harga jualannya di Eropah. Dengan harga mencecah RM4299 sebuah, kami dapat membaca ramai peminat Xiaomi mengeluh jenama kegemaran mereka kini menjadi terlalu mahal. Nampaknya di Malaysia harga adalah lebih penting berbanding pelbagai ciri tambahan sesebuah peranti.

Mi Band 5
Xiaomi Mi Band 5

Ciri tambahan yang paling menarik pada Mi 11 Ultra pastinya skrin sekunder 1.1″ pada bahagian belakang. Ia boleh digunakan untuk memaparkan logo. slogan, notifikasi, waktu dan memberitahu terdapat panggilan telefon. Ramai menyangka ia adalah skrin yang perlu ditempah khusus tetapi Lei Jun mengesahkan ia sebenarnya diambil dari Mi Band 5.

Skrin Mi Band 5 tahun lalu digunapakai keran saiznya yang kecil dan masih lagi dari keluarga AMOLED. Dengan menggunakan komponen sedia ada, kos peranti masih lagi boleh dikurangkan walaupun ciri ini tiada pada peranti pesaing yang lebih mahal. Adakah harga Mi 11 Ultra terlalu Ultra untuk Malaysia ataupun peminat Xiaomi bukan jauhari yang mengenal manikam?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd